ptd pegawai tadbir diplomatik

Anda dipanggil ke sesi peperiksaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 1 NOVEMBER ini? Ianya adalah untuk kemasukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Jika ada, kami ucapkan salam SUKSES!

Eh, tapi jangan lupa mula buat persediaan rapi bermula SEKARANG!

Sedikit fakta untuk anda berkaitan calon yang GAGAL tapisan SPA;

– Tahun 2012, 95.64% GAGAL
– Tahun 2011, 96.72% GAGAL
– Tahun 2010, 97.89% GAGAL

Tahun 2013 masih belum dikeluarkan statistik, tapi untuk tahun 2014..

… jika anda calon, ianya terletak di tangan anda!

Buat persediaan AWAL
Buat persediaan RAPI
Buat persediaan TERSUSUN

Jika anda perlukan rujukan untuk persediaan anda, kami akan membantu anda memberikan info-info berkaitan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 yang akan diadakan pada 1 November ini.

Bagi sesiapa yang masih mendapat SMS atau emel dari pihak SPA, anda boleh membuat semakan peperiksaan online di http://e-semakan.spa.gov.my/online/

EMAKAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK GRED M41

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 dicari oleh calon peperiksaan SPA yang dipanggil bagi jawatan PTD dalam masa terdekat. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri ada mengeluarkan panduan umum untuk sesi peperiksaan ini tetapi ianya sangat asas. Bagi calon baru yang masih belum tahu format soalan peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini mungkin sangat membantu tetapi percaya atau tidak, contoh soalannya amat sedikit sekadar panduan umum calon. Kami akan kongsikan contoh soalan nanti, tetapi perlu diingat, ianya bukanlah soalan bocor peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41.

Dalam konteks sektor awam di negara ini, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan jawatan premier yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, badan berkanun persekutuan dan negeri, pihak berkuasa tempatan, syarikat milik kerajaan dan badan-badan antarabangsa.

Disebabkan itu, jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) merupakan jawatan yang diminati lulusan universiti malah merupakan jawatan paling hot dalam senarai jawatan SPA. Dianggarkan lebih 80,000 orang calon bakal menghadapi peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pada 1 November ini. Berikut merupakan statistik permohonan jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41 bagi tahun 2013:

Statistik permohonan jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD) 2013

Ya, hampir 85,000 orang calon memohon jawatan ini pada tahun 2013 berbanding jumlah kekosongan jawatan sebanyak 200 sahaja! Jangan panik, kami sedia membantu anda. Tunggu apa lagi, DAFTAR email anda sekarang untuk kami update maklumat terkini berkaitan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 dari masa ke semasa melalui email.

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Ujian ini mengadungi tiga seksyen iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am (08:00PM – 08:40PM)
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah (08:55PM-09:40PM)
  • Seksyen C – Ujian Psikometrik (09:55PM-10:10PM)

Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Seksyen A – Pengetahuan Am

Seksyen ini menguji tahap kepekaan calon terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia khususnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

panduan peperiksaan online pegawai tadbir dan diplomatik m41 2014

 

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah calon dengan menggunakan item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

i) Kemahiran Menggunakan Logik:
Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

panduan peperiksaan online pegawai tadbir dan diplomatik m41 2014

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data:
Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

panduan peperiksaan online pegawai tadbir dan diplomatik m41 2014

panduan peperiksaan online pegawai tadbir dan diplomatik m41 2014

iii) Kemahiran Matematik:
Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

panduan peperiksaan online pegawai tadbir dan diplomatik m41 2014

panduan peperiksaan online pegawai tadbir dan diplomatik m41 2014

Seksyen C – Ujian Psikometrik

Psikometrik adalah bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran pendidikan dan psikologi, mencakupi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap, dan sifat keperibadian. Ia adalah ujian personaliti seseorang calon dalam membuat pertimbangan dalam sesuatu masalah. Soalannya mudah tetapi mengelirukan.

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik

Panduan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Bagi memudahkan calon-calon peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 pada 1 November 2014, pihak SPA ada menyediakan video khas berkenaan panduan peperiksaan secara online.

Persediaan Penuh Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41

Calon sekali lagi dinasihatkan supaya cuba mendapatkan markah yang terbaik. Jika lulus, calon mungkin berpeluang untuk dipanggil temuduga. Hal ini bermakna peluang untuk dipertimbangkan ke jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 adalah lebih baik.

Untuk persediaan penuh, dicadangkan agar anda mendapatkan rujukan penuh yang disediakan oleh Tim Infokerjaya. Mereka telah membantu lebih 65,000 graduan dalam memasuki Skim Perkhidmatan Awam dengan rujukan dan panduan yang disediakan.

Panduan peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Nak dapatkan lebih banyak maklumat tentang tips dan pakej rujukan menduduki peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41?

Sila tinggalkan NAMA dan EMAIL anda pada borang di bawah:


Buat persediaan secukupnya bermula sekarang dan apa yang paling penting adalah persediaan anda itu bukanlah persediaan rambang. Bersedia dengan rujukan dan panduan yang tepat kerana anda akan bersaing dengan lebih 70,000 orang calon dari seluruh Malaysia. Didoakan agar cita-cita anda untuk menjawat jawatan pegawai PTD ini menjadi kenyataan.

P.S: Usah pening-pening lagi memikirkan persediaan untuk menghadapi peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41, dapatkan tips dan panduan dari masa ke semasa melalui email. Email kami ptdmalaysia@gmail.com atau klik sini sekarang.

P.S.S: Tips dan panduan ini tidak ramai yang mengetahuinya, jadi ambillah peluang ini menjadikan diri anda mempunyai lebih kelebihan berbanding calon-calon lain semasa menghadapi peperiksaan nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *