Umum

Apakah Itu Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (PTD)?

aktiviti10_3

Antara kerjaya di sektor perkhidmatan awam yang diminati oleh lulusan universiti ialah sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Sekiranya anda berminat menceburi bidang kerjaya ini, anda perlulah mempunyai kelayakan akademik yang sesuai, seorang yang dinamik, bercita-cita tinggi serta bersedia menghadapi cabaran masa hadapan negara.

Jawatan ini digolongkan di bawah kumpulan perkhidmatan pengurusan dan profesional dan diletakkan di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA Malaysia).

APAKAH ITU PTD?

Tahukah anda apa itu Pegawai Tadbir Diplomatik atau ringkasnya Pegawai PTD?

Secara umum, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) merupakan perkhidmatan utama yang membantu kerajaan dalam merencana dan melaksanakan dasar-dasar negara. Sebagai teras perkhidmatan awam negara, pegawai-pegawai PTD telah mengisi kebanyakan jawatan-jawatan utama di peringkat kementerian dan jabatan, syarikat milik kerajaan, pihak berkuasa tempatan, dan badan-badan antarabangsa.

SEJARAH KEWUJUDAN JAWATAN PTD MALAYSIA

Berdasarkan sejarah, skim Pegawai Tadbir Diplomatik wujud sebelum kemerdekaan lagi. Bermula seawal tahun 1896 apabila perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service telah diwujudkan oleh British untuk mentadbir Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Kemudian pada tahun 1920, Malayan Civil Service telah ditubuhkan dengan dianggotai oleh pegawai-pegawai kolonial untuk mentadbir Tanah Melayu. Malayan Civil Service (MCS) telah mengalami pelbagai transformasi sepanjang penubuhannya.

Pada tahun 1929, Malay Administrative Service telah diwujudkan dengan mengambil pegawai-pegawai Melayu sebagai pelapis kepada MCS dan itulah sejarah Pegawai Tadbir Diplomatik.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Pegawai Tadbir dan Diplomatik(PTD) merupakan kerjaya yang agak sukar jika hendak dibandingkan dengan kerjaya lain yang setaraf. Untuk menjawat jawatan PTD juga bukan sesuatu yang mudah. Oleh yang demikian ianya dianggap sebagai salah satu kerjaya yang ekslusif dan berada pada kelas yang tersendiri.

Atas sebab ini juga, kerjaya ini menjadi idaman setiap calon yang terpilih sama ada untuk menduduki peperiksaan agar mereka dapat lulus cemerlang agar dapat mengisi kekosongan jawatan ini.

Baca juga: Contoh Soalan Peperiksaan PTD

Untuk menjadi seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, setiap calon perlu melalui beberapa proses penilaian dan pemilihan yang agak ketat. Hanya yang layak dan benar-benar terpilih akan berpeluang menyandang jawatan ini.

Adakah anda tahu, dalam proses penapisan sahaja, seseorang calon perlu melalui 3 peringkat ujian yang bakal menguji kemahiran dan tahap ilmu pengetahuan yang dipunyai oleh calon. Jadi sekiranya anda menginginkan kerjaya sebagai seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik, anda perlulah BERSEDIA.

Berdasarkan deskripsi tugas yang diberikan oleh pihak SPA;

Calon-calon yang berkelayakan akan dipanggil menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan PTD dan mereka yang lulus akan menghadiri ‘Assesment Centre’ di INTAN. Hanya calon yang melepasi ‘Assesment Centre’ itu akan ditemu duga. Calon-calon yang berjaya dalam temu duga dan diluluskan oleh Suruhanjaya untuk perlantikan ke jawatan PTD Gred M41 dikehendaki mengikuti latihan Diploma Pengurusan Awam di INTAN dan lulus latihan berkenaan bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan.

Setelah berjaya PAC anda akan di temuduga oleh panel PTD untuk menentukan sama ada anda betul-betul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Proses interview PTD tidak semudah yang disangka, TETAPI jika anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda dan ketika itu anda layak menjawat jawatan keramat Pegawai Tadbir Diplomatik.

TUGAS SEORANG PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK

Umumnya, di bawah merupakan tugas Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Malaysia;

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Untuk menjawat jawatan ini seorang calon perlulah memenuhi syarat kelayakan tertentu di samping cukup syarat sebagai seorang PTD.

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN PTD MALAYSIA

Sekiranya anda berminat dengan kerjaya ini dan anda layak untuk mengisi kekosongan jawatan PTD ini maka anda perlu membuat persedian awal. Bersedia di sini adalah dengan membuat persediaan rapi dari aspek fizikal dan mental. Serta lulus sepenuhnya Peperiksaan PTD.

Sebagai calon anda perlu bersedia dengan maklumat yang cukup, ini kerana ujian PTD menuntut pemahaman yang tinggi terhadap pelbagai isu semasa yang berlaku dalam negara. Dengan kata mudah, anda perlu peka dengan pelbagai isu semasa dan apa sahaja yang berlaku di sekitar anda.

PAKEJ RUJUKAN PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

Pihak kami merasakan sesiapa sahaja perlu kepada panduan dan rujukan peperiksaan ini. Sekiranya, jawatan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 merupakan kerjaya pilihan anda.

Bagi kami, tiada lagi panduan seumpamanya yang dihasilkan untuk membantu calon menjawab dengan baik semasa di dalam peperiksaan. Untuk peperiksaan lepas, rujukan ini merupakan pilihan utama.

(Anda Perlu Melanggan Untuk Mendapatkan Review Copy Percuma)

Pembelian untuk mendapatkan pakej rujukan ini boleh dilakukan nanti. Sekiranya anda mahukan maklumat lebih lanjut mengenai panduan dan rujukan ini pastikan anda langgan sebagai pembaca laman PTD Malaysia menggunakan borang langganan di atas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *