Tips

Format Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 akan diadakan tidak lama lagi berdasarkan jadual peperiksaan terbaru yang dikeluarkan oleh SPA Malaysia.

Calon Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sesi 2016 akan menduduki peperiksaan dengan format terbaru Peperiksaan PTD apabila peperiksaan kali ini diadakan secara online.

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik akan melibatkan 2 Seksyen Peperiksaan utama berdasarkan hebahan terkini pihak SPA Malaysia.

FORMAT PEPERIKSAAN PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK M41

Untuk Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 sebelum tahun 2016. Peperiksaan PTD dijalankan secara bertulis dengan pembahagian lima (5) Seksyen utama seperti di bawah.

Ujian ini mempunyai satu (1) bahagian dan dibahagikan kepada lima (5) seksyen iaitu:

  • Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling
  • Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen C – Pengertian Dan Kefahaman Terhadap Esei-esei
  • Seksyen D – Esei Bahasa Melayu
  • Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris

Namun Peperiksaan Online PTD 2016 hanya melibatkan 2 Seksyen utama iaitu Seksyen Pengetahuan AM dan juga Seksyen Matematik PTD.

Seperti biasa setiap Seksyen akan disesuaikan dengan tahap Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 yang akan menguji daya pemikiran calon. Oleh itu, sebagai calon PTD 2016 anda perlu melakukan persediaan sebaik mungkin.

Nota: Calon PTD perlulah melengkapkan diri dengan ciri kepimpinan khas supaya sesuai dengan tugas dan peranan Pegawai Tadbir Diplomatik. Proses pengambilan dan proses lantikan PTD akan memberi tumpuan kepada ciri kepimpinan tersebut agar seorang PTD dapat menjalankan yang diamanahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *